Monday, November 17, 2008

SEMINAR RUMAHTANGGA BERKAT ver 2.0


wah,aku jd artis! bak kata qilah ar..
heheheh :))



nk tergelak jugak ngam2 gmbr tu
fokus kat aku n umi
ecewah..control beb!
korang da tgk ke gmbr aku masuk paper tu?
metro 16nov'08
bahagian setempat..
:))

Saturday, November 15, 2008

FRIENDSTER

giler punya fs!!

drpd 3++ fren aku..jd 23 org je!

sakit hati..kenapa kau siksa aku begini!!

td ckp maintenance,jgn laa wat camni..

uwaaaa :'((

Friday, November 14, 2008

SK Seri Kota ver. 2.0


Semangat aku berkobar-kobar nk ke skolah lama aku SK Seri Kota..Selain bagi moral support kat Ana yang amik result dia,alang2 tu aku rebut peluang tuk round sekeliling sekolah lama aku itu.


Dari sudut tepi


Dari depan - bangunan utama


Sesungguhnya sangat banyak kenangan dulu2.
Memang sudah berubah keadaan sekolah.
Bangunan berubah dan semakin tinggi.
Aku rasakan persekitaran sekolah semakin sempit.
Atau aku yang membesar? :))


hohohoho~ i miss damn much this classroom..! 10years i left behind memories here :((
em 6BERSIH..aku berada di kelas yang kedua. Nama pun B kan. Aku takda la pandai mana pun. Tapi syukur, aku antara 5 orang yang dapat 4A dlm UPSR'98 dalam kelas B ni. ;P


when my frens n i felt hungry..here we taken our meals!CANTEEN..i still remember how i make an order with my loud voice!!hahahaha..u should ask my besfren..farhanan!hakhakhak..till now she remember!!"mokcik,nok air oghen supik..!!" grrr~ oghen=oren..why i spelled oghen?coz dulu2 aku ni seorang yang pelat sebut R..!!u should try it!can??funny lorh.. :D


Teratak Warisan..Kalo dulu2 zaman aku, tempat ni dikenali sebagai taman buku mungkin sebab sekolah aku memperkenalkan tabiat membaca buku dan buku ditangan..siap ada lagu tu.."Buku DiBawa,Buku DiTangan" ntah apa lagi..hehehe..


tapi sekarang dah bertukar.Quite okay la teratak warisan ni dicipta,tidaklah budak2 zaman sekarang taklupa akan warisannya sendiri.


haa..tempat ni aku taktahu pon bila ditubuhkan..PRA SEKOLAH. Siap ada nursery. Ni bahagian belakang bangunan utama tadi. Dulu tempat ni bangunan tuk murid-murid darjah3 tak silap aku. Tapi semuanya dah bertukar..sekarang kelas darjah 1 hingga 4 di bangunan baru, 4tingkat!

Fuh sib baek zaman aku takda bangunan ni. Sayangnya gambar takda.
Kesian budak2 nak panjat bangunan tinggi2. Dahla ngan beg berat2. Loyot sampai bawah punggung pulak tu. Pasti ada kes budak2 jatuh ke belakang waktu naik tangga. KONFEM!

Yang pasti aku rasa bangunan dibuat tinggi2 sebabnye kekurangan ruang. Sekolah yang sempit.


Ni bangunan sekolah yang berjiran ngan sekolah lama aku. Ramai yang confuse kalo tak kenal sekolah kitorg ni sebab namanya lebih kurang.. Sekolah aku ada SERI, sekolah diorang TAKDA seri. Senang citer,dulu2 kitorg panggil sekolah sebelah ni SEKOLAH MELAYU dan yang kitorg SEKOLAH INGGERIS.. Sebab apa, zaman perang dulu sekolah kitorg digunakan untuk murid-murid yang mempunyai pemahaman yang berbeza iaitu pro-inggeris. iskh ye ke tidak aku cakap ni..tapi camtu lah kitorang dulu2 bezakan 2 buah sekolah ini.

p/s-just nak share je..haa korang yang budak batch '98 yang bace post aku ni diminta tgglkan komen eh.TQ..eh,org lain pon boleh je nk komen skali..lagi lah dialukan2..selamat~


Thursday, November 13, 2008

UPSR



huiiyooo congratulation to my youngest sis!!
she got it..!!
she prove it!!


already know that primary school announced
upsr result!
she's got her! ----->she,ANA, and me
she got 5A..




but aku telah menipu n kenakan adik lelaki aku
ZAIM berkepala botak..hahaha mcm orang minyak!

aku berpakat ngan abah aku ler dlm keta..aku plan gtau zaim yang ana dapat 3A 2B
hahahaha..memang menjadilah sebab si ana ni pemalas skit nk belajar. Zaim pun percaya la..hahaha mmg kenalah.Kebetulan plak si zaim ni suka sgt membebel,lebih2 lagi pada adik dia tu. Zaim cakap "haa,aku kato doh!eii gerey nyo aku.nati la..ado jugok cipto sejaroh"

bila ana masuk keta..dia wat senyum kambing.zaim teruskan serangan dengan bertanya "apa perancangan mu?". si ana balas "perancangan apa?". zaim ckp "g skoloh kota da mu kali ni.cipto sejaroh la mu". Ana pon trus ckp "aku dpt 5A lah".
Apa lagi zaim trus la pukul2 aku..hahahaha.habis sakit lengan aku! adeh ana merosakkan plan aku dan abah!errkkk~

nie lah antara wajah2 ceria budak2 saat menunggu keputusan diumumkan.










p/s-congratulations again to students upsr'08 especially to ANA

Wednesday, November 12, 2008

SEMINAR RUMAHTANGGA BERKAT ver. 1.0

believe it or not??
u must!


hehehe..aku baru je balik dari seminar
"seminar rumahtangga berkat"
kat Balai Islam,Lundang,KB.



aku pegi sbb umi aku ajak
lgpn dprd duk kat umah
baik sekali skala dgr org ceramah
nak2 lagi aku akan hadapi alam rumahtangga ni

tp tak tahu bile.. LOL!

ada 3 kertas kertas yang dibentangkan td.
semuanya remind kan aku
waktu study dulu..
aku amik opsyen paper munakahat

seminar bermula 830am hgga 100pm

Tuesday, November 11, 2008

MISSED CALLED

huh..
i got his missed called at 15:46

what must i do?
hit his missed called?
give a message?

em bg msg maki hamun pon ok gak ni!
ok tak?

SPM

Hari ni bermulanya SPM'08.

Ucapan Selamat Maju Jaya

Pada semua calon yang menduduki SPM

Termasuklah adik aku,Zaim.

All the best

Monday, November 10, 2008

GLOOMY NIGHT

once again..

sad..

really sad..

my heart is critical right now..

GLOOMY NIGHT..(actually early mOrning)

SI PENDUKA LARA

Kembali berduka..
Tiada siapa yang tahu..
Kini blogger tahu bahawa..
Aku sedih..

Kembali berduka..
Hati ini serik..
Dipermainkan perasaan..
Cinta diperkotak-katik..

Kembali berduka..
Aku lah penduka lara..

:((

CINTA

126am

Cinta
Membuatkan seseorang disayangi
Membuatkan seseorang dicintai
Membuatkan seseorang bermain dengan perasaan
Membuatkan seseorang hilang kawalan

Cinta
Manis untuk dirasai
Sayang jika terlepas kemanisan
Pahit juga untuk dirasai
Sayang jika terlepas kepahitan

Cinta
Senang diluahkan
Susah dilupakan

Terima kasih CINTA

Thursday, November 6, 2008

SAYU

Aku baru je selesai tonton WHI kat TV3.
Topiknya Gelora Rumah Tangga
di mana Abby Abadi sebagai tetamu.

Semua sedia maklumlah badai yang
melanda rumah tangganya.
Ini kali ke2 bergoyahnya keluarga dia.
Normah Hakim siapa yang tak kenal,
suami Abby yang juga
pelakon drama dan filem yang aku gemar menontonnya.

Apa sahaja yang berlaku kita tidak tahu sepenuhnya sebab rata-rata
peminat dan penonton hanya
mengetahui sebahagian cerita
kerana hal suami isteri
tidak elok diceritakan kepada umum.
Adalah berdosa jika kita mengaibkan seseorang itu.

Walauapapun yang bakal terjadi kepada
rumah tangga mereka,
kita sama² doakan jalan yang terbaik buat mereka.
Anak-anak yang masih kecil patut dititikberatkan
agar terjamin masa depannya kerana
dunia sekarang parah dengan masalah sosial,jenayah,
dan pelbagai lagi.

Saya salah seorang peminat kedua-duanya,baik
Abby atau Norman,
kuat dan tabah menghadapi dugaanNya.

JALAN-JALAN @ PASIR PUTEH

Siang td aku ikut umi aku join program jabatan dia
ke pasir puteh..
kilang wat serunding.
bak kata orang kelantan, sambal daging.

Nak citer kat sini
aku kurang tido
kurang 4jam je aku tidur :((
Actually aku tak plan pon nk g
memandangkan adik bongsu aku tu jealous sgt
kalo tahu aku dapat g jalan.
Dia memang camtu

Nape tido lambat?sebab nya aku
mmg jenis tido lambat
ingat kan malam tadi try gak
masuk tido 130am..
tp mata tak leh nk katup
grrr~


p/s- nk tahu apa aku wat kat kilang,tunggu next post!

Tuesday, November 4, 2008

TAHNIAH :))

tibe2 je aku ucap tahniah ni..apsal?

saje je aku nk wish tahniah kat member2 aku yg mana dah langsungkan pertunangan ataupun perkahwinan samada aku sedar atau tidak.

yg terbaru aku tahu kawan mase skolah nenengah kat Maher dulu,kak sya atau shahida.
da selamat nikah bulan6 yg lepas..tahniah!

aku??bile plak ni?nk kawin gak..!
hahahaha

Monday, November 3, 2008

SPAGHETTI CABONARA ver. 2.0

Nampak nye topik kali ni ada versi kedua la pulak..
Bukan pe, ada permintaan resepi =)


Spaghetti Cabonara (2orang makan)
Bahan :
4 ulas Bawang Putih
3 sudu besar Minyak Zaitun
2 cawan Susu Segar
1 sebiji Telur Kuning
Hirisan Cendawan Butang
Keju
Spageti

Cara :
1) Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun
2) Campakkan bawang putih(dihiris dan dicincang) dan masak sehingga naik bau
3) Masukkan susu segar dan diikuti dengan hirisan cendawan butang. Biarkan selama 3minit
4) Kemudian gaulkan spageti yang berkeadaan "al dente"
5) Akhir sekali masukkan parutan keju serta kuning telur dan perlu dikacau dengan kuat agar spageti tadi tidak melekat

Hiasan :
Hiaskan spageti di atas pinggan yang cantik dengan hirisan tomato dan daun sup/ketumbar (apa² je la yg korang rasa nk hias ek)


Saturday, November 1, 2008

YESTERDAY


11.15am - woke up! =)
12.00n - cooking
1.13pm - my umi gave her 'speech' to me.. bla bla bla~
1.30pm - tidy my room like a dewan
3.20pm - rest took a lunch n zohor
4.30pm - continue to vacuum my room after asar
6.55pm - settle.. huh.. dan² time tu azan magrib

so, aku mengemas bilik aku selama 3 waktu solat berturut-turut..
lama kan..penat seh!

7.45pm - took a nap!
8.20pm - at the kitchen
9.00pm - bathroom time n isya'
10.00pm - layan tv jap..AXN Channel
12.00md - internet
4.00am - zzzzz....~

CAPEK.... :(

Capek nye hari ni..
teramat capek~


Want one? Go to Flash Love Comments


Erm andai laa ada orang tersayang amik berat kat aku..
Best nye.. =)

Tapi itu angan² je.
Yang pasti aku masih berduka..
=(