Friday, May 8, 2009

Berubahnya diari kehidupanku

Hari ni genap 5 hari saya ulang alik kerja dari Seberang Prai ke USM dengan meredah lautan yang bergelora, hujan panas silih berganti, matahari terbit hingga terbenamnya di sebelah barat. Itulah yang saya lalui selama lima hari ini. Wah, tiba² ayat puitis.. HeHeHe... ;p

Alkisahnya, selama 2 bulan saya kerja ni menginap dan menumpang secara haram(syhhhh..jgn gtau org ye) di bilik adik saya yang dikassssshhhiiihhhii ,Desasiswa Tekun. hohoho~ Kini, saya terkontang-kanting mencari tempat berteduh. Aduhai.. Bukan taknak cari rumah@bilik sewa, masalahnya kerja ni kontrak je, 3 bulan, dan saya 'confuse' antara nak sambung kontrak atau tidak. So, sebulan ni, nasib baik kakak terchheeennnnta sudi pungut adiknya ini di bawah jambatan Pulau Pinang..

errrrrr,bwh jmbtn tu bukan ke laut??kn aku tak pandai berenang,iskhh mengarut ni (>"_"<)

Ha,jadi tu lah citer dia.

Tapi hanya untuk seminggu je, sebab next week saya akan bermula hidup secara bujang bersama rakan-rakan sekerja(ayat skema sehhh)! Selama ni tak pernah merasai hidup bujang dengan menyewa bilik bersama kawan².

Eh,dulu penah laa mase aku praktikal!pelupa tol ah aku ni

Ni cerita sebenarnya yang saya nak post kan. Dari Seberang Prai melalui tol RM1.30 sehala dan menuju ke jeti kemudian menaiki feri bertambangkan RM1.20 untuk sehala sahaja(masuk pulau je kena byr,kuar pulau takperlu..same gk tol masuk pulau kat jmbtan tu, RM7.00). Lebih kurang 15minit dalam feri tiba di jeti pulau. Mencari² bas Rapid Penang 303@301(RM1.50) terus ke USM(Sg.Dua). Dalam bas, selalunya saya tido ah. Mengantok seh pagi² dah la takde teman nak ajak borak². 30-40min akan tiba di destinasi yang dituju. Around 9.08am saya dah pon terpacak di pintu lab untuk buka lab,jadi orang pertama dowhh..tak penah2 ni! Petang plak, sharp 5pm i'll say bye-bye to lab dan menunggu bas 705 yang direct menuju ke Megamall Pacific Seberang Prai(RM2.50). Selalunya bas ni datang 5.25pm dan mengambil masa 30min je. Tak perlu susah payah naik turun feri. Akhirnya, kakak ku tadi datang menjemput di Megamall jam6.35..

End of working day!

Saturday, May 2, 2009

KIKO dalam kenangan ;-(

KIKO
Keturunan : Anak Kandungan Pertama Chek
Lahir : Oktober 2008
Meninggal : 1 Mei '09
Tragedi : Langgar Lari kot...

Uwaa...sedih giler Kiko mati. Kejadian ni tengah syok² tengok OIAM, jam10,Zaim datang bagitahu Kiko dah takde. Ingatkan lari. Rupanya abg ipar aku bagitahu Zaim tentang Kiko kat tepi jalan. Sedih giler... ;-(
Ana yang tengah tidur, bangun² je menangis terus.

Keluarlah kami beramai² ke tepi jalan besar untuk mengambil Kiko. Saat tu sedih. Mana tak-nya,petang tu lebih kurang jam7 petang saya baru je duk main² ngan Kiko ni. Dia ni memamg manja sangat. Sedih! Kalau waktu saya duk masak² kat dapur dulu, dia akan berbelit² kat kaki. Bergesel² kat kaki memang hobi dia ah. Adui..teringat!