Monday, December 29, 2008

1 MUHARAM 1430H


Alhamdulillah..
Hari ni sudah pun masuk tahun baru Islam 1430H
Moga² kita bersama membuka buku baru dengan azam yang baru..
Ha,kalo yang mana² azam dulu² da bertahun tak habis laksanakan,laksanakan lah
pada tahun baru ini.. :))

Sedikit fakta yang aku tahu tentang Hijrah.
Hijrah berasal daripada perkataan bahasa Arab yang membawa maksud meninggalkan satu tempat untuk menuju ke tempat lain. Tujuan Rasulullah berpindah dari Kota Mekah ke Madinah yang lebih penting ialah untuk membimbing dan mendidik para sahabat r.a yang baru sahaja memeluk agama Islam ke arah kesempurnaan penghayatan Islam sedikit demi sedikit.
Pendek kata, falsafah penghijrahan Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah adalah untuk memastikan perpindahan keyakinan, tasawur, akhlak dan sikap para sahabat r.a dari pengaruh jahiliyah kepada pengaruh wahyu dan fitrah, dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.
Falsafah hijrah ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w ketika baginda menegur kata-kata Saidina Umar kepada Bilal 'Wahai anak hitam'. Baginda berkata kepada Umar 'Sesungguhnya pada diri engkau ada ciri jahiliyah'.

Kalo nak ingat yang dulu²,waktu aku muda², sinonim lah dengan lagu HIJRAH.
Masa sekolah rendah dulu,pasti ada sambutan MAAL HIJRAH. Majlis tu confirm lah ada pertandingan nasyid ataupun persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid sekolah yang bertemakan HIJRAH. Masih aku ingat dengan gerak-geri kumpulan nasyid itu mempersembahkan lagu mereka.. hee~

RUJ:http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=492"

No comments: