Showing posts with label Peribadi. Show all posts
Showing posts with label Peribadi. Show all posts

Monday, November 3, 2008

SPAGHETTI CABONARA ver. 2.0

Nampak nye topik kali ni ada versi kedua la pulak..
Bukan pe, ada permintaan resepi =)


Spaghetti Cabonara (2orang makan)
Bahan :
4 ulas Bawang Putih
3 sudu besar Minyak Zaitun
2 cawan Susu Segar
1 sebiji Telur Kuning
Hirisan Cendawan Butang
Keju
Spageti

Cara :
1) Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun
2) Campakkan bawang putih(dihiris dan dicincang) dan masak sehingga naik bau
3) Masukkan susu segar dan diikuti dengan hirisan cendawan butang. Biarkan selama 3minit
4) Kemudian gaulkan spageti yang berkeadaan "al dente"
5) Akhir sekali masukkan parutan keju serta kuning telur dan perlu dikacau dengan kuat agar spageti tadi tidak melekat

Hiasan :
Hiaskan spageti di atas pinggan yang cantik dengan hirisan tomato dan daun sup/ketumbar (apa² je la yg korang rasa nk hias ek)


Saturday, November 1, 2008

YESTERDAY


11.15am - woke up! =)
12.00n - cooking
1.13pm - my umi gave her 'speech' to me.. bla bla bla~
1.30pm - tidy my room like a dewan
3.20pm - rest took a lunch n zohor
4.30pm - continue to vacuum my room after asar
6.55pm - settle.. huh.. dan² time tu azan magrib

so, aku mengemas bilik aku selama 3 waktu solat berturut-turut..
lama kan..penat seh!

7.45pm - took a nap!
8.20pm - at the kitchen
9.00pm - bathroom time n isya'
10.00pm - layan tv jap..AXN Channel
12.00md - internet
4.00am - zzzzz....~

Tuesday, October 28, 2008

SPAGHETTI CABONARA ver. 1.0

Yes yes!
Know what, i've made spaghetti..

Hahaha,bangga tu.

Actually one week ago aku tengok program Wanita Hari Ini. Ada plak chef jadi tetamu..At the end, si chef ni tunjuk skill wat spageti dalam masa 4minit. Teruja gak aku nak tahu resepi dia. Aku pun ikuti la. Memang sekejap je dah boleh makan.

So,two days ago, i tried! Pulak tu buat benda ni 1130pm. Tengah malam buta makan spageti. Takpe, kira supper ler.

Hasilnya..

Satu (sudut pandangan sisi)



Dua (sudut pandangan atas)



Amacam?? Ada terliur?? Nampak je macam sedap.. Tapi mak aih.. Muak giler!! Tapi kira ok sebab first trial..

Thursday, October 23, 2008

MAKAN BANYAK

hari ni aku makan byk!!

dalam masa 4jam, aku tibai 2 pinggan nasi dowhh!

1) nasi lauk ayam tomato yg banyak giler minyak (umi cakap penjual tu bagitahu itu adalah nasi paprik,abah dan aku menafikannya!apa punya peniaga la)

2) nasi lauk² yg dimasak oleh aku..apa dia??ayam goreng halia berkicap dan sup carrot.banyak kan.sume berasaskan ayam.heh~ makin gemuk la aku.

MORAL:

i) kalo nk berniaga tu,kena la tahu apa yg dijual.jangan kelentong orang kerana mahu untung.pembeli akan tahu juga apabila nk makan.
p/s-lancang nye mulut aku,ntah² penjual tu mmg tersilap..takpe, ampun diminta.aku tak marah pon.asalkan perut kenyang.tapi next time,jangan buat lagi ye penjual² semua :))

ii) makan banyak takpe,tapi berkadaran sedikit.pilihlah yg berkhasiat.ade zat² tertentu.protien, karbohidrat,serat.asal lengkap semua.
p/s-wah sedap nasihat org..aku ikut ke??eh ikut pe,siap ada desert tu.

Friday, October 17, 2008

MALAS

lorhh..bulan ni takde post langsung.
malas la..boleh tak?
heheeh..

Sunday, September 21, 2008

With Ecot and Hypermarket Saga



Nek keta bersama ecot ni.Caya la..Opss,cot nampak laa stiker "P" belakang tu. Means that u are new user of these roads! Tak sangka dapat hangout ngan ecot kt Sentul dan Midvalley hari tu kan.Siap kena kejar ngan Fauziah Elai dlm program Hypermarket Saga lagi..huhu


Oooh ye..lupa nak gitau u ol,sepanjang kat KL last week kan, ada la 1 hari aku terjoin program TV laa plak. Seriuss...! Jgn tak percaya. tu la, Game show Hypermarket Saga. Pasti u ol jarang dengar kan game show ni. Aku tau pon sebab tertengok kat TV. Maklum plak TV9,jarang² tekan.. Di buat citer aku ngan si ecot ni shopping kat Carrefour Midvalley, tiba² aku macam terdengar orang berlari² ngan bising mulut pot pet pot pet..~ Aku ni jenis yang rabun,tak nampak sangat, bila da dekat baru aku tau dorng duk shooting. ngaaaaaa~ ecot da lari jauh² dari aku.

Aku plak pakai high heel ngan baju kurung (maklum ye,aku baru pas interview,resume pon kat tgn lagi) tak dapat la nak lari laju². Last², aku menyerah kalah. So,masuk laa aku dlm lensa kamera yang besar tu. Da la cameramen tu close-up video.. Sib baek aku cantik hari tu.. lalala~ Dengan bangga nya aku dapat jawap teka harga barangan Carrefour tu, maka ini lah yang aku berjaya membawa pulang..


jeng


jeng



Bersama baucer Carrefour RM100

P/S:Jange lupo tengok Hypermarket Saga di TV Semiley (ni ucapan aku tuk promote game show ni) hee... Saksi kan aku padahal.. Jumaat, Sabtu, Ahad 1030am.






Saturday, September 20, 2008

Saat Berbuka Puasa

Another 20mins akan masuk waktu Maghrib dan berbuka puasa. Hari ni genap 20 hari berpuasa.. Yang best nye,aku masih belum tinggal puasa lagi. Hahaha.. Poyo giler, bangga nak mampoooss..! Riak n takbur laa aku ni.. MasyaALLAH, di buatnya aku terpe'od sok, tak pasal².

Thursday, September 18, 2008

ggggrrrrrrr...~

Penat giler.......!!!!!
Lebih kurang 3jam aku bertungkus lumus kemas rumah.
Kalo kecik takpe jugak rumah ni,besar nak mampooss...(opss,poyo je)
Ruang tamu je 3jam aku uruskan.
Mula2 vacuum, pahtu mop, vacuum plak pas tu.
Dah la kena pindah kan perabot² nak wat semua tu,da settle, kena pindah ke tempat asal semula.
Mane tak penat, wat keje sorang². Fuhhhh...
Ni badan aku berpeluh melekit giler..
Sampai aku pon geli geleman...
Jom mandiiiiiiiiiii~ mahu berendam!Eh tak boleh..batal pose..ahakz

ATURCARA MAJLIS =)

PROGRAM : MENGEMAS RUMAH SEMPENA HARI RAYA
TARIKH : 27 SEPT - MLM RAYA '08
TEMPAT : RUMAH HAJI SOWI & HAJAH NORMALA
ALAMAT : KG PARIT CHINA, SALOR

AHLI JAWATAN KUASA PROGRAM :-

PENGARAH : ADAH (dia yg gila kan jawatan ni)
PENGURUS : ALIP (uruskan anak buah lelok)
DEKORATOR : MIRA (boley ke..?)
PEMBERSIH : NANI & ANA (yeke korunk boley jadi pembersih..konfius2)
PEMBUAT AIR : ZAIM (hnya boley minum lepas buke)
PENGKRITIK : KAKLONG (memang suke kritik)

PENASIHAT : ABAH & UMI

sebarang bantahan boleh dikemukakan sehingga 2hari sebelum tarikh program.

disediakan oleh:
♥ miira ♥

Monday, September 15, 2008

INTERVIEWS

Fuh..agak lama jugak la aku tak update blog kan.
Sebenarnya aku agak busy la jugak.ehem..yeke sibuk?!

Kalo nk tau,aku baru je turun bas dari KL. seminggu jugak la duk sane for attend my interviews. Aku pon tak pasti, g interviews kemain banyak lagi kat KL,tp aku nak ke duk kat sana?

ehmmm..aku nak tinggal ngan sape?aku pon takot la jugak nak hadapi alam pekerjaan.bukan macam zaman belajar dulu.boleh je ponteng,skip2 kelas kalo lecturer tak best.huuuuu..~

Saturday, August 23, 2008

SHAFIZA DAN WAN LOTFI

Salam..
Sempena cuti sekolah ni banyak lah undangan² perkahwinan diterima kan. Suri² rumah seronok la,time ni diorang dapat rehat dan bercuti dari dapur untuk makan hidangan orang lain yang masak. Betul tak..? Lagipun sedap makan gulai daging kawah ni. Tambah plak dengan ayam merah, dalca daging, ada plak ikan masin.. Fuhhh yum yum..=)

Semua pengantin baru mesti mahu kan tarikh² yang cantik dan bersesuaian dengan musim perkahwinan kan. Tak ketinggalan sepupu aku, mereka memilih tarikh 20-08-2008 sebagai hari bahagia mereka diijab qabulkan♥. Sebenarnya mereka ni berkawan sejak sekolah rendah lagi. Sekampung pulak tu. Orang cakap, "kalo ada pasukan kompang tu, kepala rombangan dah sampai kat rumah perempuan,ekor rombangan masih kat rumah lelaki". Tapi rumah mereka takde laa dekat benor.. Em kalo naik kereta, tak sempat nak betulkan punggung la, dah pun sampai. Dah jodoh mereka, pusing2 ikut mana pun,kahwin jua. TAHNIAH!

SELAMAT PENGANTIN BARU kak pija n suami (",) ♥



Saat pembatalan air sembahyang.. cincin perkahwinan disarungkan ke jari manis.


Beraksi di bilik.. Mereka ni malu² depan orang. Suami nya berseloroh "Iskh takde pengalaman la kawin ni,1st time kawin,tu tak reti nak posing²"




Hari persandingan pada keesokkan hari. Ni salinan kedua da..



Pelamin.. Tapi lampu sebelah kanan gambar ni rosak pada malam akad nikah tu. Tak menyerlah

Tuesday, August 19, 2008

KONVOKESYEN


Ni wardrobe kitorang..miira::noorun::muni::azmira..baju nya mengikut dari kiri.Actually kitorang ni stay rumah sewa azmira 2 malam. Gara² raptai pada sebelah malam.


Wah~ umi aku pakaikan jubah yang dibantu oleh ex-roommate aku,erin.


Aiyarrkkkk...makan sambil berdiri!!Bad attitude. Tertonggeng plak tu. Time ni sebelum masuk DTSP,kena la isi perut dulu. Dari rumah sewa si azmira tu makan nasi lauk ikan sardin dan sosej je,10am. Masuk dewan 230pm-5pm.


I'm ready..! heeee~


Sebelum masuk dewan, posing dengan famili dulu. tp kaklong dan abang aku takde.


erin+atin+miira+sue+a'a+anis. Mereka ni adalah junior² kami. Sempat 2 sem kitorg berjiran bilik. Mereka ni suka sangat buli senior². Terutamanya aku ler!!Tapi buli gaya manja la. Eh,ada ke buli manja² ♥


Dah keluar DTSP..fuhhh penuh ni orang berlegar² di foyer DTSP. Ramai sangat orang nak amik gambar dengan banner ni.Eh, kaki ana bersilang ke? Macam nak jatuh jerk!


Dengan umi dan abah. Diriku lebih tinggi pada waktu ini je =)


Dewan Tuanku Syed Putra..


Makan lagi.. Sambung makan roti john yang tak habis sebelum masuk DTSP. Lapar gilerr


Ececececehh~ ni model 'ciplak' mana plak? Kawan aku cakap aku terjatuh dan terus pandang belakang cari siapa yang sekat kakiku.. Hahahaha.. Tp macam logik je kan. kuang kuang kuang


Click.. selekeh,am i?

Monday, August 18, 2008

PRE-KONVOKESYEN

Aku saje je letak nama Pre-Konvo. Bukan apa,kitorg datang USM bergambar sehari sebelum sidang kitorg. Hari ni hari Jumaat,15 Ogos.

It's me with ecot's MATA LALAT =)

Our photographer.. nani ler!


Looking 4 our future

candid??

Ni aksi apa? Kontrol ayu la plak

Bersantai atas bukit..tinggi ni sebenarnya kitorang bergambar.BOleh nampak jambatan Penang.

Our MortarBoard noorun::muni::miira::azmira::ecot

Hepiii.... Main lambung2 mortarboard. Seronok.

Another side. Haa meh aku nk citer,kitorang saje cari port atas bukit yang tak crowd macam kat tapak konvo tu. Tapi rupanya,kereta banyak sangat lalu lalang sini. Ada yang "pon pon pon". Ada yang "senyum semua". Ada yang "lambai-lambai"

Berlima.. Sume tangan peluk lutut. Waktu ni sangat ramai kereta stop usha kami berlima. hahaha =D

KLCC 'celup' in Penang..ngeh ngeh~

Beratur mcm budak sekolah



we were CHEMISTRY students...


Kami berjaya!!!