Saturday, August 23, 2008

SHAFIZA DAN WAN LOTFI

Salam..
Sempena cuti sekolah ni banyak lah undangan² perkahwinan diterima kan. Suri² rumah seronok la,time ni diorang dapat rehat dan bercuti dari dapur untuk makan hidangan orang lain yang masak. Betul tak..? Lagipun sedap makan gulai daging kawah ni. Tambah plak dengan ayam merah, dalca daging, ada plak ikan masin.. Fuhhh yum yum..=)

Semua pengantin baru mesti mahu kan tarikh² yang cantik dan bersesuaian dengan musim perkahwinan kan. Tak ketinggalan sepupu aku, mereka memilih tarikh 20-08-2008 sebagai hari bahagia mereka diijab qabulkan♥. Sebenarnya mereka ni berkawan sejak sekolah rendah lagi. Sekampung pulak tu. Orang cakap, "kalo ada pasukan kompang tu, kepala rombangan dah sampai kat rumah perempuan,ekor rombangan masih kat rumah lelaki". Tapi rumah mereka takde laa dekat benor.. Em kalo naik kereta, tak sempat nak betulkan punggung la, dah pun sampai. Dah jodoh mereka, pusing2 ikut mana pun,kahwin jua. TAHNIAH!

SELAMAT PENGANTIN BARU kak pija n suami (",) ♥



Saat pembatalan air sembahyang.. cincin perkahwinan disarungkan ke jari manis.


Beraksi di bilik.. Mereka ni malu² depan orang. Suami nya berseloroh "Iskh takde pengalaman la kawin ni,1st time kawin,tu tak reti nak posing²"




Hari persandingan pada keesokkan hari. Ni salinan kedua da..



Pelamin.. Tapi lampu sebelah kanan gambar ni rosak pada malam akad nikah tu. Tak menyerlah

No comments: