Thursday, November 6, 2008

SAYU

Aku baru je selesai tonton WHI kat TV3.
Topiknya Gelora Rumah Tangga
di mana Abby Abadi sebagai tetamu.

Semua sedia maklumlah badai yang
melanda rumah tangganya.
Ini kali ke2 bergoyahnya keluarga dia.
Normah Hakim siapa yang tak kenal,
suami Abby yang juga
pelakon drama dan filem yang aku gemar menontonnya.

Apa sahaja yang berlaku kita tidak tahu sepenuhnya sebab rata-rata
peminat dan penonton hanya
mengetahui sebahagian cerita
kerana hal suami isteri
tidak elok diceritakan kepada umum.
Adalah berdosa jika kita mengaibkan seseorang itu.

Walauapapun yang bakal terjadi kepada
rumah tangga mereka,
kita sama² doakan jalan yang terbaik buat mereka.
Anak-anak yang masih kecil patut dititikberatkan
agar terjamin masa depannya kerana
dunia sekarang parah dengan masalah sosial,jenayah,
dan pelbagai lagi.

Saya salah seorang peminat kedua-duanya,baik
Abby atau Norman,
kuat dan tabah menghadapi dugaanNya.

No comments: